Jenayah

Tenanglah adik Nudzirah di sana…

Dungun: Jenazah kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang mati didera kelmarin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbong Paka, malam tadi.

Mangsa, Nudzirah Nur Safiah Sabarudin selamat dikebumikan kira kira jam 9.30 malam.

Hampir 100 orang termasuk ahli keluarga dan penduduk kampung hadir bagi memberi penghormatan terakhir.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari sebelum dibawa kakak dan abang iparnya ke Klinik Kesihatan Paka, kira-kira jam 3 petang.

Kanak-kanak terbabit dikatakan dipelihara kakak dan abang iparnya kerana ibu bapa mereka bekerja di Kuala Lumpur.

Mangsa yang dipercayai sudah meninggal dunia dikatakan dibawa kakak dan abang iparnya menemui seorang pegawai perubatan di klinik kesihatan berhampiran.

Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Pemeriksaan lanjut dijalankan mendapati ada kesan lebam pada badan dan kaki mangsa sebelum pegawai perubatan terbabit membuat laporan polis.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");