Isu Panas

Tentang habis-habisan campur tangan luar

MARAN – Rakyat dan pemimpin semua peringkat perlu menentang habis-habisan cubaan usaha luar untuk campur tangan dalam negara bagi memastikan kemerdekaan dicekapi, berkekalan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Mutalib berkata, segala permasalahan dan isu dalaman negara harus diselesaikan mengikut acuan dan perundangan negara.

Menurutnya, semua peringkat perlu mengelak apa juga bentuk campur tangan asing ke dalam negara yang tidak mendatangkan manfaat kepada keseluruhannya.

“Kejayaan yang di kecapi negara selepas merdeka menyebabkan kuasa asing berasa cemburu. Seharusnya jika ada masalah jangan bercerita atau ambil pandangan orang luar kerana mereka hanya ingin mengambil kesempatan untuk mengganggu gugat kemakmuran negara.

“Jika kita terikut propaganda asing, kita akan porak-peranda, manakala orang ramai akan mempersoalkan pemimpin-pemimpin yang pastinya hilang tumpuan untuk membangun dan menguruskan keamanan negara,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Satu Komuniti Satu JPJ Peringkat Parlimen Maran di Dewan Arena Tengku Muda diMaran.

Hadir sama, Adun Luit Nor Hidayah Mohd Sahaimi, Ketua Pengarah JPJ Malaysia Datuk Nadzri Siron dan Ketua Skuad Muda 1jpj Parlimen Maran, Mohd Rafie Ismail.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Maran dan Ketua Umno Bahagian Maran berkata, kejatuhan negara-negara Islam sebelum ini yang disebabkan campur tangan asing perlu dijadikan iktibar oleh masyarakat termasuk pemimpin di pelbagai peringkat.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");