Jenayah

Terselamat dari jadi mangsa bapa ayam

MELAKA: Tiga pelajar institusi pengajian tinggi di sini bernasib baik apabila sempat diselamatkan daripada dilacur bapa ayam dalam satu serbuan polis di sebuah resort di Ayer Keroh di sini, Sabtu lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 10.45 malam itu, anggota dan pegawai dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Melaka turut menahan dua lelaki tempatan berusia 24 dan 26 tahun dipercayai penjaga kepada ketiga-tiga mangsa.

Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din berkata, polis percaya kegiatan itu dilakukan sejak tiga bulan yang lalu menerusi aplikasi Wechat.

“Sepasukan D7 IPK negeri membuat serbuan di sebuah resort dan menyelamatkan tiga pelajar yang dijadikan pelacur.

“Dipercayai mereka telah menjalankan aktiviti itu beberapa bulan dengan menawarkan perkhidmatan menerusi Wechat. Dua penjaga yang ditahan telah direman selama seminggu untuk membantu siasatan,” katanya.

Polis turut merampas barangan termasuk kondom, wang tunai, tisu, telefon bimbit dan tuala dalam operasi berkenaan dalam serbuan itu.

Ramli berkata, semua mangsa kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bandar Hilir untuk tindakan lanjut dan dihantar ke rumah perlindungan.

“Mangsa yang masing-masing masih remaja itu akan dihantar ke rumah perlindungan selepas mendapat perintah Perintah Perlindungan Sementara (IPO).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM 2007).

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");