Sukan Hari Ini

THT berdepan laluan sukar

PASUKAN Hoki Terengganu (THT) berdepan laluan sukar apabila diundi bertemu Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) di suku akhir merebut Piala Tan Sri P Alagendra.

Pengendali THT, Sarjit Singh menyifatkan, undian tidak memihak kepada pasukannya kerana perlu berdepan pasukan kuat peringkat awal, namun berjanji akan memberikan aksi terbaik.

“Perlawanan pembukaan liga baru-baru ini juga kami kalah pada KLHC. Apapun kami mahu menang piala ini,” katanya ketika ditemui selepas sesi undian, semalam.

Sementara itu, Sarjit turut mengakui jadual padat mungkin akan mengganggu sedikit rentak pasukan menghadapi Piala Tan Sri P Alagendra.

“Pada Jumaat ini kami akan berdepan TNB dan pada Ahad menentang Sapura dalam saingan liga sebelum bertemu KLHC pada Selasa.

“Memang kami sedikit terkesan, tetapi kedua-dua pasukan juga menghadapi jumlah perlawanan sama. Jadi bagi kami ia adil,” katanya.

Peringkat suku akhir bagi merebut Piala Tan Sri P Alagendra yang julung kali diadakan tahun ini akan bermula Selasa depan.

Politeknik bertemu Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), THT bertemu KLHC, ATM Airod akan bertemu Kelab Hoki Sapura dan UniKL menentang TNB.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");