Isu Panas

Tiada maaf bagi bekas pemimpin Umno tubuh parti

TANAH MERAH – Tindakan beberapa bekas pemimpin Umno menubuhkan parti baharu dan bersekongkol dengan DAP merupakan perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perbuatan itu boleh dianggap melampau kerana mereka sanggup ‘bermesra’ dengan DAP yang merupakan musuh ketat Umno.

“Tiada maaf bagimu. Kamu meninggalkan Umno, malah menubuhkan parti baharu. Tindakan ini akan mengancam perpaduan Islam dan melemahkan orang Melayu.

“Parti baharu ini pula cukup mesra dengan Lim Kit Siang (Penasihat DAP). Kita tidak boleh maafkan mana-mana pihak bersekongkol dengan musuh ketat kita, DAP,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Tanah Merah, petang semalam.

Hadir sama Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz; Ketua Wanita Umno Tanah Merah, Dayang Saniah Awang Hamid; Ketua Pemuda, Almidi Jaafar dan pemangku Ketua Puteri, Kartini Nawi.

Sementara itu, Mustapa berkata, momentum Umno Kelantan untuk menghadapi PRU14 semakin membara selepas lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.

Katanya, kunjungan dua pemimpin itu melonjakkan semangat Umno Kelantan di semua peringkat untuk bekerja keras bagi merampas negeri ini daripada Pas dalam PRU14.

“Dalam kunjungannya, Timbalan Perdana Menteri ada sebut beberapa sebab BN sukar merampas Kelantan, antaranya kerana aura Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz.

“Jika benar BN sukar merampas Kelantan sebelum ini selagi Allahyarham menjadi menteri besar, maka tidak ada sebab negeri ini tidak boleh menjadi milik BN pada PRU14,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");