Sukan Hari Ini

TNB sekat KLHC

Kuala Lumpur: Kebangkitan luar biasa di suku terakhir berjaya membantu Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengikat naib juara musim lalu Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 2-2 dalam saingan Liga Premier, TNB Hoki Malaysia (MHL,) semalam.

Menurut jurulatih TNB, Amin Rahim, anak buahnya berjaya mengikut segala perancangan selepas menyedari lawan mereka pasukan pilihan dalam pertemuan berlangsung di Stadium Hoki Kuala Lumpur itu.

“Pemain bangkit saat akhir, tapi kalau kita melakukan seperti itu pada awal perlawanan saya akan mendapat keputusan berbeza.

“Bagaimanapun, secara keseluruhan saya gembira kerana kita berjaya mengulangi aksi seperti mana ketika berdepan THT (Terengganu Hockey Team),” katanya kepada media selepas tamat perlawanan.

Jelasnya, berdepan pasukan kuat seperti KLHC dan THT memang sukar untuk mencatat kemenangan namun setidak-tidaknya mereka berjaya memberi saingan.

“Kemenangan satu bonus tapi seri juga seperti kemenangan buat kami,” katanya.

Dalam aksi semalam, KLHC membuka jaringan pada minit kelima menerusi gol padang pemain import Sepanyol, Pedro Lopez Alonso dan gol kedua mereka menyusul minit ke-39 melalui pukulan sudut penalti Hyun Woo Nam.

Bagaimanapun, TNB bangkit di hujung saingan bermula dengan pukulan sudut penalti yang disempurnakan Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan pada minit ke-53 dan jaringan padang Firdaus Omar seminit sebelum perlawanan tamat.

Perlawanan lain menyaksikan Sapura menumpaskan THT 2-0, manakala Maybank mencatat kemenangan tipis ke atas UniKL 2-1.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");