Membawang Hari Ini

Tonton padat, canggih

Wajah baru portal video nombor satu Malaysia, Tonton, yang diperkenalkan pada 20 April lalu mendapat sambutan positif daripada peminat. Portal yang boleh diakses menerusi Tonton.com.my itu menjadi pilihan peminat untuk menyaksikan pelbagai filem dan drama tempatan serta antarabangsa.

Selepas pembaharuan lengkap dilakukan dan memperkenalkan Tonton VIP, portal itu bertukar menjadi lebih padat dan canggih. Apatah lagi dua artis popular iaitu Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad dilantik sebagai duta Tonton untuk program Bahasa Malaysia manakala Soo Wincci dan Henley Hii untuk program Bahasa Cina.

Pelancaran rasmi kempen itu berlangsung Khamis lalu di Desa Balqis Beach Resort, Melaka yang disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Kamal Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali, Pengurus Besar Kumpulan ntv7, 8TV, Tonton, Airin Zainul dan Pengurus Besar Tonton, Bern Jern Loh.

Majlis bertemakan batik dan pelikat itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Mia, Saharul, Ruhainies Farehah Zainul Ilyas dan Azrel Ismail serta wakil media yang dibawa khas dari Kuala Lumpur.

Pada majlis ini, ‘teaser’ beberapa program eksklusif untuk Hari Kebangsaan turut diperkenalkan kepada media iaitu It’s A Date, Cinta Roller Coaster dan Secret Lover.

Airin berkata, Tonton sememangnya dikenali sebagai ‘raja’ drama tempatan kerana seringkali menyajikan pelbagai drama hebat yang berdefinasi tinggi (HD).

“Tonton juga menyajikan drama yang disiarkan beberapa bulan awal sebelum disiarkan di kaca TV. Selain itu, Tonton turut mempunyai program eksklusif sendiri iaitu Hijab Chic, Crazee Stupid Stuff, 1001: Celebrity Encounters dan Cinta Masam Manis yang tidak harus dilepaskan,” katanya.

Menurutnya, sempena pengenalan wajah baru itu, seramai 5.6 juta pengguna Tonton berdaftar berpeluang menonton pelbagai program hiburan terbaik tempatan dan antarabangsa secara percuma.

“Untuk program baru, kami memberi peluang kepada peminat untuk menonton episod pertama serta kedua secara percuma dan untuk episod seterusnya, mereka kena melanggan.

“Di sini mereka berpeluang menonton sesebuah drama secara maraton tanpa henti. Kandungan kami terdiri daripada pelbagai program menarik TV3 dan TV9,” katanya.

Airin berkata, Tonton VIP menawarkan pakej langganan eksklusif serendah RM3 sehari untuk mendapatkan akses penuh kepada program drama dan filem yang ditawarkan.

“Ia termasuk kelebihan menonton program yang ditawarkan daripada Anugerah Juara Lagu pertama sehinggalah drama terbaru yang disiarkan tanpa sebarang gangguan iklan dan muat turun video secara percuma.

“Pakej Tonton VIP juga menawarkan harga berpatutan berbanding portal lain iaitu serendah RM3 (sehari), RM5 (seminggu), RM10 (sebulan) dan RM96 (setahun),” katanya.

“Pengguna Tonton bukan VIP pula masih boleh menikmati program yang disajikan secara percuma membabitkan kandungan berita, bual bicara dan program yang bersiaran secara langsung dan banyak lagi,” katanya.

Sempena Hari Kebangsaan ke-59, Tonton turut mengadakan kerjasama istimewa dengan Harian Metro yang menawarkan pembaca sebagai VIP secara percuma.

“Mereka hanya perlu mendapatkan kod penebusan pada muka surat hadapan akhbar Harian Metro pada 31 Ogos ini. Tawaran itu dibuka selama seminggu.

“Dengan menawarkan pelbagai program tempatan yang menarik dan hebat, tonton akan menjadi pilihan utama dalam kalangan rakyat Malaysia di mana pelanggan boleh menonton program kegemaran mereka mengikut keselesaan masing-masing dan di mana saja mereka berada,” kata Airin.

Aplikasi Android Tonton juga turut dikemas kini. Untuk muat turun, sila layari Google Play.

Maklumat lanjut mengenai wajah baru Tonton boleh diperoleh dengan melayari Facebook: TontonMy, Twitter: TontonMy, Instagram: tontonMy dan Hashtags:#tontonMY #tontonMacamVIP.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");