Sukan Hari Ini

V Shem-Wee Kiong sasar lima terbaik dunia

Petaling Jaya: Pasangan beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong (gambar) tidak mahu ‘tenggelam’ dengan kejayaan melakar kejutan meraih pingat perak di Olimpik Rio.

Malah, pasangan yang berada di ranking kesembilan, selepas kejayaan di Olimpik Rio, sudah meletakkan sasaran untuk muncul antara lima pasangan terbaik dunia tahun depan.

“Kejayaan meraih perak ini suntikan moral kepada kami namun ia hanya pencapaian satu kejohanan. Ia (Olimpik) sudah berakhir.

“Kami perlu berusaha bersungguh-sungguh selepas ini. Kami akan kembali berlatih pada Khamis depan, perlu fokus dalam semua perkara selepas ini,” kata Wee Kiong semalam.

Tambahnya, sasaran utama mereka adalah untuk menduduki ranking pertama dunia namun tidak boleh tergesa-gesa kerana dicapai dengan perancangan rapi.

“Semua mahu menjadi nombor satu namun perlu mencapainya selangkah demi selangkah. Kami mahu menjadi antara lima pasangan terbaik dunia terlebih dulu tahun depan,” tambahnya.

Terdahulu, pasangan berkenaan antara pemenang pingat Olimpik Rio menerima ganjaran berjumlah RM315,000 sumbangan XOX Mobile.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");