Perak Hari Ini

Viral Kes Cabul Di Al Barakah, DUKE Tidak Akan Berkompromi

IPOH : Penceramah bebas, Datuk Kazim Elias atau lebih dikenali DUKE menegaskan bahawa beliau tidak akan berkompromi sekiranya insiden pencabulan dan liwat seperti yang diviralkan di media sosial berlaku di Pusat Pendidikan Al Barakah miliknya.

Ujar Kazim, pihaknya memandang serius akan perkara tersebut dan bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa di dalam melakukan siasatan.

“Kami berikrar untuk tidak berkompromi di dalam apa jua cara sekiranya benar insiden tersebut berlaku.

“Kami akan menyerahkan siapa jua yang terlibat kepada pihak berkuasa untuk dihukum mengikut lunas undang-undang negara walaupun beliau darah daging saya sendiri,”katanya dalam satu sidang media yang diadakan hari ini.

PERAK TODAY 5

Terdahulu, viral di Facebook dan aplikasi Whatsapp bahawa seorang pelajar dicabul dan berlakunya hubungan seks luar tabii di sebuah pusat tahfiz milik seorang penceramah terkenal.

Kes tersebut kemudiannya dikaitkan dengan Maahad Tahfiz Darul Barakah iaitu sebuah sekolah tahfiz milik penceramah terkenal itu.

Kazim menegaskan, kejadian liwat tersebut tidak berlaku sama sekali dan beliau juga menafikan bahawa beliau mengeluarkan apa-apa kenyataan berbentuk ugutan seperti yang didakwa.

Ujarnya lagi, hasil siasatan dalaman yang dilakukan pada cuti pertengahan tahun lalu oleh pihaknya juga mendapati kes yang didakwa berlaku pada April lalu itu tidak pernah terjadi.

PERAK TODAY 3

“Saya menjelaskan bahawa apabila siasatan dalaman yang kita buat, tidak berlaku kes liwat seperti yang didakwa.

“Saya juga tidak pernah mengeluarkan apa-apa perkataan yang didakwa kononnya ada ugutan daripada saya terhadap ibu bapa mangsa. Ini adalah fitnah yang sangat besar yang dilontarkan kepada saya.

“Ketiga, pelajar tersebut tidak pernah dibuang sebaliknya beliau berhenti daripada sekolah kami atas pilihan ibu bapanya sendiri dan tidak disebut langsung bahawa beliau dicabul atau sebagainya,”jelasnya.

Tegas Kazim lagi, pihaknya juga mempunyai dokumen-dokumen yang berteraskan keterangan saksi malah mempunyai rakaman video ketika berjumpa dengan ibu bapa tersebut dan surat-surat berkenaan bagi kes itu.

Jelasnya lagi, pihak sekolah juga turut memasang Kamera Litar Tertutup (CCTV) di kawasan sekolah termasuk asrama demi keselamatan pelajar-pelajarnya.

PERAK TODAY 4

“Asrama pelajar sekolah rendah berasingan dengan pelajar-pelajar remaja. Pelajar yang berumur 12 tahun kebawah mereka diasingkan dan dijaga dua orang pelajar senior sebagai ketua asrama.

“Kita menjaga keselamatan, kebersihan pelajar kita. Tidak ada ruang langsung untuk insiden itu berlaku kerana kita juga memasang CCTV di kawasan sekolah termasuk di asrama,”tegasnya.

Berikutan itu, Kazim berkata, beliau melihat dakwaan yang dilemparkan itu adalah cubaan untuk mencemarkan nama sekolah-sekolah tahfiz.

“Saya melihat daripada konteks Islam bahawa tuduhan ini untuk mencemarkan nama sekolah-sekolah tahfiz, mencemarkan imej penceramah agama dan sebagainya dan saya perlu mengambil tindakan untuk membersihkannya,”tegasnya.

Ujarnya lagi, beliau akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berikutan nama pusat pendidikannya dikaitkan dengan isu tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");