Membawang Hari Ini

Wanita jatuh jambatan

PERAI: Seorang wanita yang dilaporkan terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di sini, berjaya diselamatkan sepasukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.55 pagi itu, wanita berusia 38 tahun ditemui dalam keadaan hampir lemas berhampiran kilometer 7.2 Jambatan Pulau Pinang.

Timbalan Pengarah Operasi, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Komander Maritim Azman Samsudin berkata, pihaknya yang menerima laporan daripada orang awam terus bergegas ke tempat kejadian bagi mencari dan menyelamatkan mangsa.

Azman berkata, anggotanya yang tiba di lokasi kejadian menemui mangsa dalam keadaan hampir tenggelam sebelum dia berjaya diselamatkan.

“Wanita terbabit dipercayai warga tempatan ditemui dalam keadaan lemah.

“Mangsa dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban sebelum diserahkan kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam pada itu, Azman berkata, keprihatinan orang awam yang melaporkan kejadian berkenaan berjaya menyelamatkan nyawa wanita terbabit.

Katanya, orang awam diminta agar melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");