Perak Hari Ini

113 Calon SPM Sertai Perkampungan Ilmu SPM 2016

IPOH : Seramai 113 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini telah menyertai Program Mumtaz – Perkampungan Ilmu SPM 2016 yang diadakan di Teluk Batik, semalam.

Program yang diadakan selama tiga hari dua malam di Virgo Batik Resort, Teluk Batik, Lumut itu dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Dan `Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Manjung.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk Wan Maizura Wan Zahari hadir untuk merasmikan majlis penutup program berkenaan.

Turut hadir ialah kakitangan PPD Manjung, pegawai MAIPk dan para guru.

Perkampungan Ilmu SPM 2016 merupakan salah satu bidang di bawah Projek Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) iaitu Wakaf Ilmu-Program Mumtaz dan Pembelajaran ICT.

Peserta yang menyertai program perintis ini terdiri daripada kalangan keluarga yang berpendapatan rendah di mana tujuan utamanya untuk mengurangkan jurang pencapaian akademik antara pelajar bandar dengan luar bandar.

Perkampungan Ilmu SPM 2016 itu juga bermatlamat untuk memberi motivasi di kalangan peserta dan berusaha mempertingkatkan prestasi pencapaian SPM yang akan diduduki tidak lama lagi.

Seminar ini juga bertujuan untuk menggerakkan ekonomi Islam berlandaskan wakaf dimana ianya membolehkan wujudnya kesedaran masyarakat umum mengenai kepentingan dan keperluan untuk berwakaf bagi pembangunan ekonomi bersama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");