Jenayah

14 penagih kena cekup

KLANG: Seramai 14 penagih dadah termasuk seorang wanita di daerah ini, ditahan dalam operasi dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah, kelmarin.

Sumber AADK Klang berkata, operasi akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi menjayakan kempen Jihad Memerangi Dadah 2016 Perangi Dadah Habis-Habisan.

“Kami bertindak berdasarkan daripada maklumat orang awam sekitar Klang. Ketika serbuan, ada di antara mereka yang ditahan dalam rumah ketika sedang tidur.

“Terdapat juga aksi kejar-mengejar antara penguat kuasa dan individu yang disyaki penagih apabila serbuan dilakukan di kawasan disyaki digunakan untuk melepaskan gian,” katanya.

Menurutnya, ada yang melarikan diri dalam kawasan kelapa sawit dan hutan tebal ketika serbuan.

“Mereka yang ditahan dibawa ke Pejabat AADK Daerah Klang untuk tindakan lanjut dan yang positif dadah ditahan bawah seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");