Perak Hari Ini

150 Sertai Kursus Ibadah Orang Sakit 2016

IPOH : Seramai 150 penduduk di kawasan Meru Raya, di sini menyertai Kursus Ibadah Orang Sakit 2016 yang dianjurkan oleh Pertubuhan Khairat Meru Raya (KMR), di sini, semalam.

Kursus  yang diadakan di Masjid Al-Ansar, Halaman Meru Impian itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin.

Pengerusi KMR, Ahmad Razman Dahari berkata, peserta yang hadir turut mendengar ceramah dari Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk), Mohd Nor Hafizi Rais.

d72aa56c-6cc2-4620-81b8-45f42250dad7

 

“Objektif kursus ini untuk peserta mengetahui cara beribadah terutama solat ketika sakit selain daripada membantu orang yang sakit untuk beribadah.

“Pihak KMR mengambil inisiatif mengadakan pelbagai kursus lain untuk menyemai kecintaan kepada majlis ilmu tanpa mengira sama ada lelaki atau perempuan, dewasa ataupun remaja,” katanya.

Sementara itu, Ziad dalam ucapan perasmiannya turut menggalakkan agar program-program seumpama ini dapat diperbanyakkan lagi di masa hadapan.

“Kursus sebegini dapat merapatkan dan mengeratkan tali silaturrahim dalam kalangan penduduk di sini.

“Saya mengharapkan, apa yang dipelajari oleh semua yang hadir dalam kursus ini dapat diamalkan dan boleh dipraktikkan kepada ahli keluarga, rakan dan orang ramai yang berkeadaan sakit,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");