Panasnya Hari Ini

6 Disember Pengurusan Kes Rasuah Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR:Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menetapkan 6 Disember ini sebagai tarikh pengurusan dua kes rasuah membabitkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Memetik sumber Berita harian, kes turut membabitkan seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon, berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh itu selepas pihak pembelaan memohon tempoh tambahan untuk meneliti dokumen pendakwaan setebal 13,000 muka surat.

Sementara itu, Hadhariah menjelaskan bahawa tempoh dua bulan mencukupi selain turut mengingatkan kes berkenaan tidak boleh ditangguhkan.

“Mahkamah membenarkan permohonan kedua-dua pihak pembelaan dan mahu ingatkan kes ini tidak boleh ditangguhkan lama,” katanya. Guan Eng diwakili peguam Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh dan RSN Rayer. Li Khoon diwakili Hisyam Teh Poh Teik, Datuk V Sithambaram, dan A Ruebankumar.

Terdahulu, Hadhariah turut membenarkan permohonan Hisyam supaya kedua-dua tertuduh dikecualikan daripada menghadiri tarikh baharu pengurusan kes.

Manakala pasukan pendakwaan hari ini diwakili Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud.

Pada sidang media selepas itu, Gobind berkata mahkamah memberi tempoh sehingga dua bulan untuk membolehkan pihak pendakwaan menyeragamkan indeks dokumen kes berkenaan bagi memudahkan prosiding perbicaraan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");