Perak Hari Ini

749 Terima Pingat Perak Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda

IPOH: Seramai 749 orang terdiri daripada golongan muda di seluruh negeri Perak telah menerima pingat perak dalam Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri yang diadakan di sini, hari ini.

Majlis penyampaian anugerah berkenaan telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Tuan Abdul Rahim Tuan Bahru.

3-2

Program pengiktirafan bertaraf antarabangsa yang dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkenaan terbuka kepada semua remaja berumur 14 hingga 25 tahun tanpa mengira jantina, agama, bangsa, keupayaan fizikal dan fahaman politik.

Ia telah dilaksanakan di 132 negara dengan penyertaan lebih daripada 7 juta anak muda di seluruh dunia.

ARPRM Peringkat Negeri Perak terbahagi kepada dua kategori iaitu pingat perak dan gangsa yang mana pada tahun ini sebanyak 749 pingat perak ditauliahkan di peringkat negeri dan 2,408 pingat gangsa ditauliahkan diperingkat daerah.

7-1

Shahrul Zaman dalam ucapannya berkata, Perak hanya memperolehi 14 penerima tahap emas ARPRM sejak anugerah berkenaan dilaksanakan di negeri ini pada tahun 2012.

“Saya ingin mencabar penerima-penerima pentauliahan hari ini untuk meneruskan perjuangan hingga ke tahap emas kerana kita mensasarkan untuk melahirkan lebih ramai lagi di masa hadapan.

“Saya juga berharap agar ilmu, pengalaman dan informasi dapat dikongsi agar negeri Perak menjadi antara negeri yang aktif dalam melahirkan pemegang-pemegang emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda,” katanya.

2-3

Beliau juga berharap agar anugerah berkenaan dapat dijadikan sebagai pemangkin dan titik tolak untuk menceburi bidang yang diminati.

“Saya percaya semua peserta mampu melakukannya kerana saya tahu anak-anak muda di negeri ini sangat kreatif.

“Jangan rasa terkongkong dan hanya berfikir dalam kotak sebaliknya fikir dalam ruang yang lebih besar serta terokai sesuatu dengan lebih dalam lagi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");