Sukan Hari Ini

‘Abang’ lebih handal

Kuching: Aksi final umpama pertembungan ‘abang menentang adik’ apabila skuad futsal White Tiger FC A dan B bertarung sesama sendiri bagi menentukan juara Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2016 peringkat Sarawak yang berlangsung di Kuching Sports Planet, baru-baru ini.

White Tiger FC A nyata lebih konsisten dan bertenaga memenangi gelaran juara selepas menumpaskan White Tiger B dengan 2-0.

Sebelum itu pada separuh akhir, White Tiger FC A diberi tentangan hebat Kasika CF sebelum menang tipis 2-1 manakala satu lagi saingan separuh akhir White Tigers B tidak menghadapi masalah menewaskan Remaja Kg Binyu 6-0.

Selaku juara peringkat Sarawak, White Tiger FC A menerima RM800, pingat, barangan Milo dan barangan Figos manakala White Tigers B raih RM600, pingat, barangan Milo dan Figos.

Tempat ketiga bersama yang tewas pada separuh akhir, masing-masing menerima RM400, pingat, barangan Milo dan Figos.

Bagi bawah 12 tahun, juara milik Ogie Team Junior B selepas mengecewakan M Team FT 2-1 pada aksi final.

M Team FT layak ke final selepas menang tipis ke atas Lion Fighter 3-2 manakala Ogie Team Junior B mengalahkan Warrior FC juga dengan jaringan sama pada separuh akhir.

Anugerah pemain tebaik final dan penjaga gol terbaik milik Muhamad Fahrul Nazlie dan Zaimi Zaidi dari Ogie Team Junior B.

Hadiah kemenangan disampaikan Eksekutif Pemasaran Sukan Nestle Product Sdn Bhd Kerwin Lim.

White Tiger FC A, B, Ogie Team Junior B serta M Team FT akan mewakili Sarawak ke saingan Grand Final yang akan berlangsung di Ampang Sports Planet pada 23 November ini.

Juara Grand Final bakal menerima RM15,000, trofi, pingat, barangan Milo serta barangan sukan jenama Figos manakala naib juara RM10,000, pingat, barangan Milo dan Figos. Tempat ketiga bersama masing-masing menerima RM7,000, pingat, banrangan Milo dan Figos.

Siri ke-8 KFMHB berlangsung di D’Futsal Centre Kepala Batas, Kedah pada 1 Oktober dan D’Futsal Centre Kangar (2 Oktober).

Maklumat lanjut sila layari www.milo.com.my atau hubungi Nik Radzi di talian 019-3519934 dan 019-944
4334.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");