Membawang Hari Ini

Adam AF2 kini saudagar gel mandian

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Adam, 33, berjinak-jinak dengan dunia perniagaan sejak setahun lalu dengan menjual gel mandian. Produk diusahakan oleh bekas bintang Akademi Fantasia (AF) musim kedua itu dikatakan bukan saja berfungsi sebagai pencuci dan pewangi diri, malah ia juga berupaya untuk membantu menyembuh pelbagai penyakit.

Mengusahakan perniagaan berkenaan menerusi syarikatnya, Sharif Group Empire, ia turut mendapat kerjasama Koperasi Telekom Malaysia Berhad (Kota Mas).

Menurut Adam, beliau memulakan perniagaan terbabit sebagai susulan aktivitinya mengubat mereka yang berdepan pelbagai masalah mistik dan ilmu hitam.

Sejak beberapa tahun lalu, Adam sendiri mula mendalami agama dan ilmu perubatan Islam. Beliau pula memanfaatkan anugerah yang diberi dengan membantu mereka yang memerlukan khidmatnya, selain membuka pusat rawatan berkaitan di Kota Damansara.

“Selalunya artis menceburi perniagaan menjual tudung, pakaian dan minyak wangi. Saya pula cuba mencari kelainan dengan bisnes ini. Malah, ada dalam kalangan mereka yang selama ini datang berubat dengan saya menjadi pelanggan setia keluaran ini.

“Produk saya dihasilkan daripada pelbagai pati buah-buahan dan bunga-bungaan yang diyakini mampu mengubati penyakit tertentu. Bahkan, saya juga masih mengubati orang awam yang memerlukan rawatan alternatif,” katanya dalam pertemuan dengan BH Online di sini, baru-baru ini.

Menurut Adam, beliau turut mencari stokis dan ejen dalam usaha mengembangkan lagi perniagaannya.

“Alhamdulillah, saya memulakan perniagaan ini dengan modal RM600 dan kini saya berbangga melihat pulangannya. Justeru, saya alu-alukan mereka yang berminat untuk mendapatkan pendapatan sampingan atau tetap dengan menjadi ejen dan stokis. Mereka boleh hubungi boleh layari Facebook di bawah nama Produk Nursharif, Instagram @produknursharifhq atau hubungi talian 018 398 7077 ,” katanya.

Mengenai kerjaya seni, penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini pernah muncul dengan single berjudul Hilang, awal tahun lalu. Bagaimana pun seperti judul lagu terbabit, ia bagaikan ‘lenyap’ tanpa meninggalkan sebarang impak.

“Lagu berentak balada itu memang tiada impak. Mungkin juga peminat tak suka saya menyanyikan lagu balada, sebaliknya mereka menggemari nyanyian saya yang rancak dan berentak hip hop,” katanya yang belum bertemu pengganti selepas bercerai dengan Fiza Halim, hujung tahun lalu.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");