Berita Hari Ini

Adnan Othman dipilih Presiden Persidangan IAEA sesi ke-60

PUTRAJAYA: Persidangan Agung Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memilih Duta Besar merangkap Wakil Tetap Malaysia ke IAEA, Datuk Adnan Othman sebagai Presiden bagi sesi ke-60 agensi berkenan.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan pemilihan itu diumumkan pada Isnin lalu sempena persidangan selama seminggu di Vienna, Austria yang berakhir 30 September ini.

Sesi ke-60 Persidangan Agung IAEA akan mempertimbangkan isu berkaitan nuklear dengan memberi fokus kepada sumbangan sains dan teknologi nuklear ke arah mencapai Agenda 2030 Mengenai Matlamat Pembangunan Mampan. Persidangan Agung IAEA adalah badan tertinggi yang menentukan dasar IAEA dan dihadiri 168 negara anggota.

Ia mempertimbang dan meluluskan program dan bajet IAEA, selain membincangkan isu berkaitan keselamatan nuklear, termasuk pengukuhan keberkesanan dan peningkatan kecekapan kawal selia IAEA.

Pemilihan Adnan adalah pengiktirafan komuniti antarabangsa terhadap kepemimpinan dan sumbangan Malaysia dalam bidang penggunaan tenaga dan teknologi nuklear bagi tujuan aman serta perbincangan mengenai isu berkaitan yang rumit.

Beliau adalah diplomat yang berpengalaman luas dan telah berkhidmat dengan Kementerian Luar selama 33 tahun, pernah ditugaskan di Pejabat Perwakilan Malaysia di Beijing, Jakarta, New Delhi, New York, Phnom Penh dan Stockholm. Adnan juga Ahli Lembaga Pentadbir IAEA.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");