Jenayah

Ajal remaja berkonvoi tak sempat elak treler

Karak: Seorang remaja lelaki maut sejurus motosikal ditunggang merempuh belakang sebuah treler membawa muatan simen di kilometer 30.25, Lebuhraya Karak di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.45 malam, mangsa, Lee Weng Ming, 19, menunggang berseorangan bersama beberapa rakan lain dari arah Gombak menghala ke Karak.

Saksi kejadian yang enggan namanya didedahkan berkata, mangsa tidak sempat mengelak treler berkenaan sebelum merempuh bahagian belakang kenderaan berat itu.

“Rakan mangsa segera memberhentikan motosikal dan melihat keadaan mangsa yang cedera parah,” katanya.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Leftenan Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.11 malam dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa ditemui maut dan mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");