Perak Hari Ini

Al Falah Kopitom Saji Menu Istimewa

KAMPUNG GAJAH : ‘Kedai Macam Kondo, Harga Macam Warung’ begitulah ‘tagline’ yang diketengahkan oleh pemilik Al Falah Kopitom yang membawa konsep kopitiam buat pertama kalinya di Kampung Gajah, di sini.

Pemilik Al Falah Kopitom, Shaharizad Shahrul Asmawi, 34, meskipun pada mulanya konsep kopitiam sukar diterima oleh masyarakat di sini, tetapi apabila beliau melakukan perubahan semula dengan mengetengahkan produk tempatan, Al Falah mula menerima kunjungan penduduk sekitar.

“Pada mulanya saya memperkenalkan konsep kopitiam demi keselesaan pelanggan tetapi ianya sukar diterima oleh orang tempatan.

peraktoday5

 

“Kemudian selepas Hari Raya, saya ‘set-up’ semula konsep kedai dan mengetengahkan produk-produk tempatan seperti udang galah, ayam kampung, ayam Belanda dan burung api-api,”katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, perniagaan yang mula beroperasi sejak setahun lalu itu menggunakan bahan-bahan tempatan tetapi dimasak mengikut citarasa Thailand.

“Kita menggunakan bahan-bahan segar masyarakat di sekitar Kampung Gajah ini tetapi dimasak dengan cara ala-Thai.

peraktoday3

“Antara menu yang istimewa di sini selain udang galah segar, ayam kampung,-ayam Belanda dan burung api-api ialah seperti lidah goreng, sup tauhu Jepun dan sayur bayam goreng rangup,”katanya.

Ujarnya, bagi mengurangkan kos untuk bekalan seperti ayam kampung, ayam Belanda dan burung api-api, beliau menternak sendiri di ladang miliknya, Nana Farm Agrotech, di sini sementara bekalan udang galah diperolehi dari pembekal di Kota Setia.

peraktoday1

“Apabila menternak sendiri, kos itu jadi kurang berbanding jika ambil bekalan dari pembekal luar. Jadi harga untuk makanan itu lebih standard.

“Bekalan udang galah pula kita ambil dari pembekal di Kota Setia dan yang menariknya, pelanggan sendiri boleh memilih udang yang mereka kehendaki,”katanya.

peraktoday6

Mengulas mengenai perancangan masa hadapan, Izad berkata, beliau kini sedang mengintai peluang untuk membuka kedai makan di Vietnam dan Myanmar memandangkan kedua-dua negara tersebut sukar untuk mendapatkan makanan yang halal.

“Saya melihat, pelancong di negara tersebut ramai orang Islam terutamanya dari Malaysia dan itu menyebabkan harga untuk makanan itu terlalu mahal.

 

“Bagaimanapun, saya akan membuka restoran di Kuala Lumpur dahulu sebelum membukanya di luar negara,”katanya.

Orang ramai yang ingin merasai keenakan udang galah segar, burung api-api, ayam Belanda dan ayam kampung, bolehlah berkunjung ke Al Falah Kopitom di Kampung Gajah.

peraktoday2

Al Falah Kopitom beroperasi setiap hari bermula jam 1 tengah hari sehingga 1 pagi (Isnin – Ahad) dan 4 petang hingga 1 pagi pada hari Jumaat.

NAMA RESTORAN : Al Falah Kopitom
ALAMAT : No 1, Kedai Desa, 36800, Kampung Gajah, Perak
WAKTU OPERASI : Isnin – Ahad (1 petang – 1 pagi)
Jumaat (4 petang – 1 pagi)
Nombor Telefon : 05-631 3539

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");