Perak Hari Ini

Amaran Keras Buat Pihak Urus Agihan Tanah

SITIAWAN : Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memberi amaran keras kepada mereka yang bertanggungjawab dalam pengagihan tanah kepada rakyat agar tidak menggunakan nama-nama pihak tertentu demi kepentingan diri sendiri.

Jelas Zambry, pihaknya telah mendapati ada banyak kes tindakan-tindakan penerokaan secara haram yang dilakukan oleh sindiket-sindiket besar dengan menggunakan nama masyarakat kampung di satu-satu kawasan.

“Kita ada menangkap kes-kes tanah yang memberi nama orang-orang kampung, sedangkan orang kampung berkenaan tidak tahu.

“Sama ada sindiket atau orang-orang tertentu, oleh kerana dia tidak boleh menggunakan namanya sendiri ataupun dia inginkan banyak kawasan, maka dia menggunakan nama orang-orang kampung “katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Mukim Lekir dan Kampung Baru Air Tawar di Dewan Batu 14, Lekir di sini, hari ini.

Ujarnya lagi, pihaknya juga telah menjalankan penyiasatan dan semakan terhadap beberapa kawasan yang mencurigakan.

“Saya telah meminta kepada pihak Pejabat Daerah dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan terhadap mereka yang menyalahgunakan kuasa mereka.

“Kepada kumpulan ini, saya tidak akan bertolak ansur. Tindakan tegas akan diambil kepada mereka dan kini ianya dibawah pengawasan pihak SPRM selain daripada pihak berkuasa negeri,”tegasnya.

Zambry sebelumnya telah menyampaikan geran hak milik kepada 121 penerima dalam majlis yang diadakan yang mula menduduki kawasan berkenaan sejak 1975.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");