Berita Hari Ini

Aplikasi e-Khairat semak ketulenan kutipan derma

PUTRAJAYA: Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) melancarkan aplikasi e-Khairat bagi memudahkan masyarakat menyemak kesahihan surat kelulusan kutipan derma atau sedekah.

Aplikasi itu berfungsi menyemak kesahihan surat kelulusan dikeluarkan majlis agama Islam dan jabatan agama Islam negeri bagi kutipan derma atau sedekah yang dikutip individu atau organisasi tertentu dengan lebih mudah dan cepat.

Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sempena Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2016 di sini, hari ini.

Ia yang dibangunkan dengan kerjasama majlis agama Islam negeri adalah untuk kemudahan dan manfaat masyarakat supaya tidak tertipu dan mensia-siakan sumbangan demi kepentingan agama, namun disalah guna pihak tidak bertanggungjawab.

Orang ramai boleh memuat turun aplikasi e-Khairat melalui platform ‘google play’ dengan kata kunci JAWHAR.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");