Membawang Hari Ini

Awie lega kaki sembuh

Kuala Lumpur: Penyanyi Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48 memaklumkan kakinya yang sakit sejak dua minggu lalu semakin pulih.

Katanya ketika dihubungi doktor mengesahkan ia bukan penyakit gout seperti disangka.

“Selepas buat ujian darah doktor memaklumkan saya ada gout.

“Doktor kemudian merawat saya dengan satu dos gel voltaren dan menasihatkan saya tidak mengambil makanan yang boleh memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Bagaimanapun kata Awie, selepas pulang ke rumah kesakitan dialami semakin teruk pada sebelah malam.

“Kali kedua ke klinik, saya sekali lagi menjalani rawatan. Doktor keliru dengan sakit saya kerana menurutnya sekiranya mengalami gout sudah tentu kaki saya tidak boleh disentuh langsung.

“Bahkan, kalau terkena selimut waima angin sekali pun, akan terasa sakit. Kaki saya masih boleh diangkat dan dipicit-picit cuma tidak boleh berjalan kerana sakit apabila memijak lantai.

“Doktor berikan ubat yang lebih kuat dan mencadangkan saya dimasukkan ke wad. Namun, disebabkan terlalu banyak kerja menanti, saya terpaksa tolak,” katanya.

Dua hari kemudian, sakitnya kembali dan Awie seterusnya ke hospital pakar untuk pemeriksaan lanjut.

Dia yang terpaksa berjalan menggunakan tongkat mendedahkan penyakit itu datang setiap kali terbabit dengan projek besar.

“Setiap kali terbabit dengan persembahan atau projek berskala besar, saya akan alami benda sama. Selain perubatan moden, saya juga ada merujuk perubatan Islam,” katanya.

Menurut Awie, sakit misteri yang dialami itu sedikit sebanyak mengganggu persediaan pementasan teater Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang yang akan berlangsung pada 30 September dan 1 Oktober ini.

“Walaupun kaki tidak berfungsi dengan baik, keadaan saya beransur pulih. Ada beberapa babak persilatan yang perlu saya lakukan, namun lebih kepada bunga-bunga silat dan bukan pertarungan.

“Insya-Allah, semuanya akan berjalan lancar.

Saya juga tidak mahu terlalu bergantung dengan ubat tahan sakit kerana tahu kesan sampingannya yang boleh memudaratkan,” katanya.

Awie menyarankan kenalan dan peminatnya supaya tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan agama sekiranya marah atau tidak berpuas hati dengan mana-mana individu.

“Kalau ada di antara kita ada hasad dengki dan berdendam, janganlah sampai melakukan perkara bertentangan dengan agama.

“Allah sudah tetapkan segalanya dan tidak guna menggunakan cara tidak sepatutnya untuk memuaskan hati sendiri. Kalau ada yang melakukan perkara sebegitu, hentikannya,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");