Panasnya Hari Ini

‘Bagi saya, rakyat Malaysia masih tidak merdeka’

KUALA LUMPUR : ‘Bagi saya, rakyat Malaysia masih tidak merdeka dan masih dibelenggu dengan masalah-masalah yang sama sebelum 1957 cuma dalam konteks dan ‘quantum’ yang berbeza,”kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan beberapa pihak mengapa beliau tidak membuat ucapan Hari Kemerdekaan seperti yang dilakukan oleh wakil rakyat dan ahli politik yang lain.

“Rakyat Malaysia yang muda kini berdepan dengan kemungkinan besar diperhambakan dengan bebanan hutang negara di masa hadapan.

“Contoh-contoh masalah yang masih membelenggu rakyat Malaysia sebelum 1957 sehingga kini seperti masih ramai yang ‘kais pagi makan pagi, kais petang bayar hutang yang makan pagi’, yang berbeza hanya relatif.

“Masih ramai yang terpaksa bergantung makan gaji kerana peluang berniaga dan kemudahan modal terlalu sukar dan masih banyak batasan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti menyebabkan berlaku ketidakseimbangan di antara yang kaya dan miskin,”katnaya menerusi catatan di Facebooknya.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR turut berkata, rakyat di negara ini juga dibelenggu oleh sentimen ragu-meragui di antara kaum sehingga rakyat boleh dimanipulasi dengan melaga-lagakan kaum.

Ujarnya lagi, Malaysia juga masih menggunakan sebahagian besar sistem pemerintahan yang dicipta dari pendekatan dan pemikiran penjajah selain daripada masih menghukum insan-insan yang berbeza pendapat dengan pemerintah.

“Saya rasa saya sudah lama merdeka sejak remaja lagi kerana saya memang tidak makan saman dari dulu kerana kalau kita yakin tindakan kita itu betul di Mata Allah kerana tindakan kita itu, maka apa yang perlu dibimbangi dengan perkara yang ditentukan manusia di dunia?

“Merdeka tidak diukur dari tinggi bangunan, jumlah wang atau jawatan yang kita pangku. Merdeka itu cerminan tingkah laku kita kerana kita hanya hamba kepada Allah SWT, bukan benda-benda lain di dunia ini,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");