Sukan Hari Ini

Banyak negara luar tarik diri

Kuala Lumpur: Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang bermula hari ini semakin kurang kemeriahannya apabila tidak mendapat sambutan hangat negara luar.

Bukannya penyertaan luar malah temasya kali itu turut gagal menarik penyertaan atlet elit tempatan.

Penurunan 20 peratus penyertaan berbanding tahun lalu mendorong Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim mengambil tindakan drastik.

Beliau yang juga memegang jawatan Ahli Majlis Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), mewakili Asia akan membawa isu penyertaan ahli gabungan ke mesyuarat badan induk itu yang akan datang di Doha.

“Saya kecewa dengan sambutan kali ini, jadi perkara ini akan saya bentangkan dalam mesyuarat IAAF nanti. Penyertaan ahli gabungan perlu diambil serius kerana mereka tidak boleh sesuka hati menarik diri atau tidak menyertai pertandingan dianjurkan.

“Saya akan usulkan cadangan kepada IAAF terutama membabitkan ahli gabungan Asia yang mengambil sikap memilih dan tidak memandang serius isu penyertaan ini yang mana mereka mungkin boleh dihalang daripada menyertai mana-mana kejohanan di bawah IAAF selepas ini,” katanya.

Karim mendedahkan sebelum tarikh tutup penyertaan pada 22 September lalu, hampir 100 penyertaan diterima daripada negara luar seperti Vietnam, Sri Lanka, Iraq, Hong Kong tapi akhirnya mereka menarik diri tanpa alasan kukuh.

Malah atlet tempatan turut mengambil pendekatan sama terutama selepas tamatnya SUKMA dan Sukan Olimpik.

Bagaimanapun pertarungan antara pemilik rekod kebangsaan dalam acara 100 meter, Khairul Hafiz Jantan yang bertekad melakarkan rekod baru acara 200m sekurang-kurangnya memberi kelegaan kepada KOM.-harian mtero

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");