Sukan Hari Ini

Barcelona tetap gah tanpa Messi

KETIADAAN tunggak utama Barcelona, Lionel Messi dalam aksi Liga Juara-juara awal pagi tadi tidak menjejaskan prestasi yang ditunjukkan oleh anak buah Luis Enrique selepas mereka berjaya menundukkan Borussia Moenchengladbach 2-1.

Dalam aksi tersebut, pemain tengah tuan rumah, Thorgan Hazard terlebih dahulu membuka jaringan selepas berjaya menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke 34.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Barcelona mula mengatur semula serangan untuk bangkit pada separuh masa kedua dan berjaya menghasilkan gol penyamaan pada minit ke 64 menerusi pemain tengah, Arda Turan.

Pemain kebangsaan Sepanyol, Gerard Pique memastikan kemenangan Barcelona dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke 74 sekali gus mengekalkan kedudukan sehingga tamat wisel perlawanan.

Dalam pada itu, Enrique memaklumkan pertemuan di antara kedua kelab itu merupakan satu perlawanan yang menakutkan memandangkan tuan rumah mampu memberi banyak tekanan kepada lawannya.

“Tuan rumah tidak mudah memberi bola kepada kami dan disebabkan itu setiap pemain perlu diletakkan pada posisi yang tepat.

“Mereka (pasukan lawan) boleh memberi tekanan pada bahagian sayap kerana mempunyai pemain yang pantas,”katanya.

Selain daripada itu, Pengarah Sukan Moenchengladbach pula memaklumkan bahawa Ketua Jurulatih kelab itu, Andre Schubert telah melakukan tugasnya dengan begitu baik dalam membimbing skuad kendaliannya.

“Andre melakukan beberapa kerja yang benar-benar baik di sini.

“Dia telah diberikan tugas untuk membimbing pasukan Liga Juara-Juara dan kami telah mengumpul 65 mata daripada 34 perlawanan Bundesliga yang dikendalikan olehnya.

“Itu adalah rekod yang cemerlang,”katanya.- telegraph.co.uk

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");