Perak Hari Ini

Bawa Ke Hospital Sekiranya Ada Tanda Penyakit Mental

IPOH : Orang ramai diingatkan agar tidak berjumpa dengan pakar rawatan tradisional sekiranya terdapat ahli keluarga atau jiran yang mempunyai tanda-tanda penyakit mental.

Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, sekiranya terdapat sebarang tanda-tanda penyakit mental berkenaan, disarankan membawa mereka berjumpa dengan pakar psikiatri di hospital.

“Sekiranya ahli keluarga atau ibubapa dapat mengesan perangai anak mereka agak ganjil daripada biasa, bawa mereka untuk berjumpa dengan psikiatri.

“Saya harap tidak dibiarkan dan tidak mendapatkan rawatan secara tradisional seperti berjumpa bomoh atau sebagainya.

“Ini kerana sekiranya kita dapat tahu di peringkat awal, kita boleh beri kaunseling dan ubat,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan ‘World Suicide Prevention Day and World Mental Health Day 2016’ di sini, hari ini.

1-25

Selain itu, ujar Juita lagi, dari segi rawatan pula, para pesakit tidak akan ditahan di wad untuk tempoh yang lama sekiranya mereka berada dalam keadaan stabil.

“Dari segi rawatan, kita sudah pergi kepada komuniti di mana kita sudah tidak lagi menahan pesakit-pesakit psikiatri ini bertahun-tahun di dalam wad.

“Kita sekarang bagi rawatan, ubat dan bila sudah stabil, kita benarkan dia balik untuk bersama-sama dengan ahli keluarga mereka dan persekitaran yang biasa kepada mereka,”katanya.

Pada masa sama, Juita berkata, pihaknya akan terus membuat kempen kesedaran kepada orang ramai tentang gejala penyakit mental ini.

“Kita membuat kempen untuk memberi kesedaran kepada orang ramai kalau mereka dapati perangai anak mereka atau jiran lain daripada biasa, mereka perlu mendapatkan bantuan dengan segera,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");