Jenayah

Bekas banduan curi papan tanda alamat

Kuala Lumpur: Seorang bekas banduan ditahan kerana mengumpil dan cuba melarikan papan tanda alamat di kediaman kedutaan asing di Jalan Nipah, di sini, jam 10 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, motif perbuatan suspek yang dibebaskan dari penjara dua bulan lalu disiasat.

“Pemeriksaan mendapati, suspek individu sama yang memanjat tembok pagar dan menendang kamera litar tertutup (CCTV) di kedutaan asing di Jalan Ampang, jam 12.30 tengah malam, sehari sebelum itu.

“Semalam (kelmarin), suspek mencabut papan tanda menggunakan tangan sebelum disedari pengawal keselamatan kedutaan berkenaan sebelum meminta bantuan orang awam untuk menahan suspek.

“Seorang lelaki yang kebetulan berada di lokasi mengejar dan menahan suspek sebelum polis dimaklumkan. Kami menyiasat tujuan suspek mencuri papan tanda berkenaan memandangkan ia tidak bernilai tinggi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, semalam.

Menurut beliau, terdahulu, pihaknya turut menerima laporan seorang lelaki tidak dikenali memanjat tembok dan menendang CCTV kedutaan di Jalan Ampang.

“Siasatan menerusi rakaman CCTV mendapati lelaki yang menendang CCTV berkenaan suspek sama yang kami tahan kerana mencuri papan tanda alamat.

“Semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah membabitkan dadah. Kami juga membuat semakan latar belakang suspek daripada pihak penjara kerana perlakuan jenayah yang dilakukan suspek agak menghairankan,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");