Jenayah

Bekas pegawai KPWKM dijel tiga tahun dan denda RM9.2 juta

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai di Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dipenjara tiga tahun dan denda RM9.2 juta selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan meminta dan memperoleh suapan bagi projek kemasyarakatan kerajaan melibatkan RM18,596,628 juta.

Hakim Allaudeen Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Hazmi Samsudin, yang bertugas sebagai penolong pegawai di unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kementerian berkenaan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagaimanapun, mahkamah kemudian membenarkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda itu ditangguhkan selepas membenarkan permohonan peguam, Mohd. Baharuddin Ahmad Kassim untuk membolehkan tertuduh merayu atas keputusan itu.

Dia didakwa meminta suapan bagi projek kemasyarakatan 1Azam bagi menaik taraf dan membaik pulih balai raya, dewan masyarakat, surau dan masjid membabitkan 10 peratus daripada nilai keseluruhan projek hampir RM18 juta daripada empat individu bernama Zainal Arifin Lahuri, Zamzuri Abdullah, Fadzil Anuar Ahmad dan Mohd. Khairil Isma Abdullah Bacha.

Ia sebagai dorongan untuk mendapatkan persetujuan ketua setiausaha KPWKM melantik kontraktor Kelas F tempatan untuk melaksanakan projek itu. – Kosmo! ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");