Berita Hari Ini

Belanja RM2.24b lindungi alam sekitar

PUTRAJAYA – Sebanyak RM2.244 bilion dibelanjakan untuk perlindungan alam sekitar pada 2014, peningkatan 0.3 peratus berbanding pada 2013, demikian menurut Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Perlindungan Alam Sekitar 2015.

Menurut laporan itu, perbelanjaan operasi berjumlah RM1.365 bilion manakala perbelanjaan modal berjumlah RM0.879 bilion.

Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Perlindungan Alam Sekitar 2015 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini, membentangkan statistik perbelanjaan perlindungan alam sekitar bagi tahun rujukan 2014, dengan sektor diliputi adalah pertanian, perhutanan dan perikanan; perlombongan dan pengkuarian; pembuatan; pembinaan dan perkhidmatan.

Menurut laporan itu, sektor pembuatan merupakan penyumbang tertinggi kepada perbelanjaan perlindungan alam sekitar iaitu RM1.619 bilion, diikuti sektor perkhidmatan (RM0.327 bilion) dan sektor perlombongan & pengkuarian (RM0.193 bilion).

“Tiga jenis perbelanjaan utama bagi perlindungan alam sekitar terdiri daripada pencegahan pencemaran, peredaan & kawalan pencemaran dan pengurusan sisa masing-masing berjumlah RM0.764 bilion, RM0.643 bilion dan RM0.505 bilion,” menurutnya.

Menurut laporan itu, perbelanjaan perlindungan alam sekitar bagi media udara mencatatkan lebih 50 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan media (air permukaan, udara, air bawah tanah dan bunyi bising).

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");