Membawang Hari Ini

Berdikari besar anak

Kuala Lumpur: Penyanyi Elly Mazlein tidak sedih dan kecewa dengan tindakan suaminya, Azmi Hatta, 40, yang tidak pernah melawat anak mereka Putri Sara Sefhia sejak dia dilahirkan enam bulan lalu.

Elly, 36, berkata, dia sudah biasa hidup sendiri sejak diceraikan ketika Putri Sara masih dalam kandungan pada Oktober tahun lalu.

“Mahkamah juga sudah memberi hak lawatan kepadanya, kalau dia tak datang itu bukan urusan saya.

“Kali terakhir dia berjumpa anak ketika mengiqomatkan Putri Sara sewaktu dilahirkan. Dalam masa sama dia turut mendapat hak lawatan seminggu sekali. Namun, apabila dia tidak berbuat sedemikian, saya tak ada masalah.

“Bagi saya dia datang atau tak, itu bukan urusan saya. Ini kerana dia sendiri sudah maklum tanggungjawab yang perlu dilakukan. Apabila dia gagal melaksanakan perkara itu, dia yang rugi dan bukan saya. Bukan itu saja, dia juga tidak pernah menghubungi atau menghantar mesej bertanyakan anak,” katanya kepada Harian Metro.

Elly yang juga pelakon filem Awan Dania The Movie berkata, sepanjang menjaga Sefhia dialah ibu dan dialah juga bapa.

“Sejak diceraikan ketika hamil tiga bulan, saya sentiasa memberikan yang terbaik kepada anak. Malah selepas bersalin, saya mencuba untuk memberikan sepenuh kasih sayang. Begitu juga dengan bapa saya yang terlalu menyayangi cucunya.

“Semua perkara berkaitan anak saya lakukan sendiri. Pendek kata saya memang berdikari. Disebabkan itu saya sudah terbiasa hidup sendirian,” katanya.

Ditanya mengenai nafkah anak, Elly yang popular menerusi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan berkata, perkara itu akan dibicarakan di mahkamah pada 12 Oktober ini.

Elly dan Azmi berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober tahun lalu ketika Elly hamil tiga bulan.

Elly yang selamat bersalin pada 9 Mac lalu diberi hak penjagaan anak pada Julai lalu.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");