Sukan Hari Ini

Beregu harapan

Kuala Lumpur: Cabaran pemain badminton negara di suku akhir Terbuka Korea kini hanya digalas beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

Peng Soon-Liu Ying menewaskan pasangan tuan rumah Kim Duk Young-Kim Hye Rin 21-17, 21-16 manakala V Shem-Wee Kiong hanya memerlukan 31 minit untuk menundukkan beregu England Peter Briggs-Tom Wolfenden 21-17, 21-16.

Mengulas corak permainan semalam, Peng Soon ketika dihubungi berkata, dia berpuas hati dengan permainannya namun masih ada beberapa perkara perlu diperbaiki.

Namun, kemenangan menentang pasangan Korea itu agak mudah kerana pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu memiliki kelebihan dari segi pengalaman.

“Permainan hari ini agak memuaskan kerana pasangan Korea ini pemain muda tapi mereka beraksi baik.

“Saingan di suku akhir nanti lebih sukar kerana akan menentang pasangan Denmark dan kami pula tidak pernah bertemu mereka sebelum ini,” katanya.

Peng Soon-Liu Ying akan berdepan bertemu Anders Skaarup Rasmussen-Sara Thygesen yang menewaskan beregu Jepun Kenta Kazuno-Ayane Kurihara 17-21, 21-19, 21-17.

Satu lagi aksi suku akhir menyaksikan V Shem-Wee Kiong akan ditentang pilihan kedua kejohanan Chai Biao-Hong Wei dari China selepas menundukkan beregu Jepun Takuto Inoue-Yuki Kaneko 17-21, 21-15, 21-10.

Sementara itu, impian pemain perseorangan negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin ke suku akhir Siri Super buat kali pertama tidak kesampaian apabila tewas kepada Qiao Bin 13-21, 19-21 manakala Hoon Thien How-Teo Kok Siang tunduk kepada beregu China Huang Kaixiang-Wang Yilyu 21-17, 13-21, 9-21.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");