Berita Hari Ini

Bersatu selesai isu pelarian Islam

KUALA LUMPUR: Turki menyarankan negara Islam bersatu bagi mencari penyelesaian masalah pelarian Islam di seluruh dunia.

Timbalan Menteri Keluarga dan Dasar Sosialnya, Mehmet Ersoy berkata, amat malang apabila lebih 80 peratus pelarian ini terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

“Dengan kira-kira 3.5 juta orang pelarian di seluruh dunia, kami percaya satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah melalui solidariti dan persaudaraan antara negara Islam,” katanya dalam sidang media sempena Sidang Kemuncak dan Pameran Dunia Wanita Islam 2016 (Wise 2016), kelmarin.

Katanya, masalah pelarian turut dibincang delegasi Turki yang terdiri daripada beberapa ahli parlimen wanitanya dan ahli NGO dalam Wise 2016.

“Sidang kemuncak sebegini penting tatkala dunia Islam berdepan situasi sukar. Kebanyakannya masalah peperangan dan konflik dalaman. Jadi kita mesti berbincang dan cari penyelesaian bersama semua masalah ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mehmet berkata, Turki setuju menganjurkan sidang kemuncak itu tahun depan.

Wise 2016 yang berlangsung tiga hari bermula 23 hingga 25 September 2016 dianjur bagi menghimpunkan wanita Islam seluruh dunia.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");