Sukan Hari Ini

Bilic ugut singkir pemain hambar

London: Slaven Bilic (gambar) memberi amaran terhadap anak buahnya di West Ham mereka tidak boleh terus bergantung kepada pencapaian lalu selepas Southampton memastikan mereka kalah buat kali keempat berturut-turut pada aksi Liga Perdana Inggeris.

Skuad Bilic dipuji selepas menduduki tangga ketujuh musim lalu namun beberapa bulan kemudian mereka berada di zon penyingkiran berikutan tewas 0-3 di laman sendiri, kelmarin.

West Ham mempunyai rekod pertahanan terburuk liga selepas bolos 14 gol dalam empat perlawanan terakhir dan Bilic mula hilang sabar dengan pasukan yang kelihatannya kurang berkeyakinan ketika menentang Saints.

Bilic yang mengugut untuk menyingkirkan pemainnya berkata: “Seorang pemain boleh membuat kesilapan tapi ini salah semua. Pemain yang sama, sekurang-kurangnya 80 peratus daripada pasukan berada di sini tahun lalu.

“Sebagai satu pasukan ketika ini kami perlu lebih jelas, apa yang begitu bagus musim lalu menjadi teruk musim ini.

“Kami berada di bawah tahap terbaik. Kami boleh katakan musim ini baru saja bermula tapi ia berlaku dalam empat perlawanan. Kami perlu mengubahnya secara besar-besaran.

“Mereka mendapat banyak pujian tapi ia sudah hilang. Kami akan memilih pasukan berdasarkan sesi latihan.” – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");