Isu Panas

BN tewas jika satu lawan satu

SHAH ALAM – BN dijangka bakal tewas di Selangor sekiranya berlaku satu lawan satu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) walau siapa pun parti lawannya itu.

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman berkata, ia berbeza dengan perpecahan dalam pakatan pembangkang seperti yang berlaku sebelum ini akan menguntungkan BN.

“Jelas kalau BN bertembung dengan DAP, DAP boleh menang dengan 51 peratus. BN lawan Amanah, Pakatan masih boleh menang, BN lawan Pas, masih boleh menang begitu juga dengan Bersatu dan PKR.

“Tapi yang jelas sekali, pertandingan dua penjuru akan dimenangi oleh parti yang bukan BN…sukat untuk BN menang,” katanya ketika sesi pembentangan penyelidikan survei IDE : Isu dan Persepsi Pengundi Selangor, di sini, hari ini.

Melalui kajian IDE itu, pihaknya mendapati sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru, BN memang bakal mendapat keuntungan.

“Walaupun mungkin PKR merasa mereka boleh menang keempat-empat undi tapi kena ingat apabila tiba pilihan raya, BN mereka boleh menambah undi sehingga 15 peratus. Bermakna, walau dalam keadaan begini, PKR pun tak boleh menang kalau tiga penjuru.

“Perpecahan dalam kalangan parti pembangkang ini memberi keuntungan kepada BN kerana penyokong BN dalam keadaan macam mana pun, mereka kukuh.

“Terpulang…ada yang menyatakan kalau berlaku tiga penjuru, pembangkang boleh menang dan sebagainya. Saya tak nak pertikaikan. Kalau rasa boleh menang, teruskanlah. Ini berdasarkan kajian kami. Anda boleh setuju, boleh tidak setuju,” katanya.

Melalui data yang dikeluarkan kerajaan Pakatan masih menjadi pilihan rakyat dengan 59 peratus manakala BN mendapat 29 peratus dengan 12 peratus lagi tidak menyokong mana-mana parti.

Malah 43 peratus responden yakin Pakatan mampu kekal sebagai kerajaan negeri Selangor

Dalam kajian sama, sebanyak 45 peratus pengundi Selangor percaya BN tidak mampu mempertahankan Putrajaya melalui kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan 26 peratus lagi tidak pasti manakala 29 peratus lagi yakin.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");