Jenayah

Cedera selamatkan beg

MELAKA: Demi menyelamatkan beg tangan yang diragut, seorang wanita cedera ketika merampas kembali beg yang diletakkan di tempat duduk depan kiri kereta dipandu daripada dibawa lari penyamun dalam kejadian di Taman Malim Jaya di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengahari itu, difahamkan mangsa berusia 52 tahun berada di dalam kereta jenis Perodua Myvi miliknya sebelum cermin depan di bahagian kiri kereta dipecahkan penjenayah tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, siasatan awal mendapati mangsa berada di dalam kereta bersendirian ketika kejadian.

“Sebaik cermin kereta dipecahkan, suspek lelaki warga Indonesia berusia 34 tahun itu cuba mengambil beg tangan yang diletakkan di tempat duduk sebelah pemandu dan mangsa cuba menarik semula tapi tidak berjaya.

“Mangsa mengalami luka akibat serpihan cermin kaca dan terseliuh tangan.

“Suspek kemudian melarikan beg tangan tersebut, bagaimanapun berjaya ditahan anggota polis yang berpakaian preman, manakala seorang lagi dipercayai rakan suspek yang menunggang motosikal melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");