Sukan Hari Ini

Chong Wei ungguli Kejohanan Terbuka Jepun

PEMAIN badminton harapan negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya merangkul gelaran juara selepas menewaskan jaguh perseorangan Denmark, Jan O Jorgensen, 21-18, 15-21 dan 21-16 dalam kejohanan Yonex Tebuka Jepun 2016 sebentar tadi.

Dengan kemenangan tersebut, Chong Wei sekali lagi berjaya merangkul kejuaraan Jepun tersebut buat kali keenam.

Dalam aksi tersebut, Chong Wei mengambil masa selama 1 jam 10 minit untuk menewaskan Jorgensen menerusi perlawanan tiga set.

Dalam saingan separuh akhir sebelum ini, Chong Wei berjaya menewaskan pemain dari Jerman dengan mata, 21-14 21-15 dalam masa 42 minit.

Selain daripada itu, gandingan regu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying terkandas di pusingan separuh akhir selepas tewas kepada gandingan Korea Selatan, Ko Sung Hyun – Kim Ha Na, 21-14 21-18.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");