Membawang Hari Ini

Dafi bercuti sebelum lancar single Girl Disember depan

KUALA LUMPUR: Menyedari rutin hidupnya padat menjelang akhir tahun ini, penyanyi Dafi mengambil peluang ‘melarikan’ diri dengan bercuti di Greece sebelum single terbarunya, Girl menemui peminat, Disember depan.

Dafi yang ketika ini berada di Mykonos sebelum bergerak ke Santorini, mengaku peluang bercuti bersama adik-beradik termasuk abang iparnya, Jovian Mandagie cukup dinantikan.

“Seronok setiap kali dapat bercuti terutama ke lokasi yang belum pernah dilawati.

“Saya paling gemar ke tempat yang ada peninggalan lama dan bersejarah. Saya sangat mengagumi reka bentuk monumen dan bangunan di Eropah.

“Memang suatu nikmat dapat menghabiskan masa berkualiti dengan keluarga. Lagipun, kami jenis bekerja kuat dan apabila sesekali dapat berkumpul, tumpuan dapat diberi kepada insan tersayang,” katanya yang terbang ke Eropah, Sabtu lalu.

Berkongsi soal kerjaya kepada BH Online, Dafi memberitahu, dia akan melancarkan single terbaharunya yang berjudul Girl, menjelang akhir tahun ini.

Menurutnya, single itu adalah ciptaan Hael Hussaini, Ezra Kong dan Omar K.

“Proses rakaman album ketiga juga sudah siap di bawah komposer Ahmad Dhani. Memang ramai yang bertanya, bila album ini akan dipasarkan.

“Sebenarnya, saya dan Ahmad Dhani tak mahu terburu-buru. Biarlah kami sama-sama berpuas hati dengan hasilnya. Jadi, sebelum album itu dilancarkan, biarlah saya promosi lagu Girl,” katanya.

Dafi menjadi artis pertama dari Malaysia yang bernaung di bawah Syarikat Republik Cinta milik komposer dari Indonesia itu sejak Disember 2014.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");