Isu Panas

DAP cuba kelirukan rakyat

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno membidas kenyataan DAP yang cuba mengelirukan rakyat apabila mengaitkan isu persempadanan semula dengan dakwaan bahawa Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar bakal dilantik sebagai menteri besar.

Exco Pemudanya, Dazma Shah Daud berkata, kenyataan Setiausaha Eksekutif (Publisiti) Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP, Muhammad Shakir Ameer berbaur hasutan apabila meminta rakyat menentang persempadanan semula dengan alasan ia adalah agenda BN untuk melantik Noh menjadi pemimpin kerajaan tertinggi di negeri itu.

“Kerja DAP memang sinonim dengan manipulasi, hasutan dan dakwaan tidak berasas, semata-mata mahu mengelirukan rakyat demi kepentingan politik mereka.

“Saya mahu tegaskan persempadanan semula ini tiada kaitan langsung dengan agenda untuk lantik sesiapa sebagai MB (menteri besar)..Saya minta rakyat Selangor jangan mudah terpengaruh dengan propaganda DAP itu,” katanya dalam satu kenyataan melalui aplikasi WhatsApp kepada Sinar Harian, semalam.

Dazma berkata, pembangkang terutamanya DAP sekarang ini rancak memainkan isu persempadanan semula kawasan pilihan raya dengan melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas sama ada terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu pun kerajaan.

“Sepatutnya mereka (pembangkang) guna saluran yang sah untuk membuat bantahan kerana SPR memberi tempoh yang cukup kepada semua pihak mengemukakan sebarang pandangan atau idea mengenai isu persempadanan semula ini.

“Jangan hanya tahu nak mengadu domba sana sini dengan buat macam-macam cerita tak berasas, amalkan cara berpolitik matang,” katanya.

Sebelum ini, Muhamad Shakir dalam kenyataannya melalui portal Roketkini mendakwa Selangor akan melihat Noh dilantik sebagai menteri besar sekiranya cadangan persempadanan semula oleh SPR tidak dibantah sekeras-kerasnya.

Beliau memberikan persoalan kepada rakyat Selangor adakah mereka sanggup menerima Noh yang didakwa seorang pemimpin yang tidak prihatin rakyat sebagai menteri besar?-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");