Jenayah

Dua lelaki didakwa bunuh pekerja syarikat TV online

KUALA LUMPUR: Dua lelaki warganegara asing didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pekerja sebuah syarikat televisyen dalam talian, Mei lepas.

Malhi Varinder Singh, 24, warganegara India dan Abdullah Aziz, 28, warganegara Pakistan, didakwa bersama-sama telah membunuh Yap Chue Cheong, 47.

Malhi Varinder, penganggur dan Abdullah, buruh binaan, mengangguk faham selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan dalam bahasa Hindi di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes berkenaan merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di B 15-15, Kondominium Windsor Tower, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, Brickfields, di sini di antara jam 9 malam, 14 Mei lepas hingga 12 tengah hari 16 Mei lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 1 November untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aftal Mariz Mohamed manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Paul Krishnan dan Jenny Chong. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");