Membawang Hari Ini

Dugaan bertemu ‘orang baru’

Sebuah lagi drama terbitan stesen Sistem Penyiaran Korea (KBS) di Korea Selatan yang semakin menjadi perhatian sekarang iaitu On the Way to the Airport nampaknya bakal diikuti terutama penonton tempatan.

Istimewanya, siri arahan Kim Cheol-kyu ini mula menjadi sebutan di negara ini berikutan penggambarannya dijalankan di Malaysia selain drama Korea Selatan pertama ditaja syarikat penerbangan tambang murah tempatan AirAsia Berhad.

Sudah memasuki episod ketiga, drama yang menampilkan dua pelakon popular Korea Selatan selaku teraju utama iaitu Lee Sang-yoon dan Kim Ha-neul merungkai hubungan cinta dalam kalangan kakitangan syarikat penerbangan.

Apa yang pasti, semua babak membabitkan lokasi di sekitar Kuala Lumpur baik di dalam mahupun di luar kawasan lapangan terbang mendapat tajaan sepenuhnya daripada AirAsia.

Mengisahkan Choi Soo-A (lakonan Kim Ha-neul) yang bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan berasakan dirinya terlalu terikat dengan keluarga.

Namun, segala-galanya berubah apabila dia berjumpa dengan Seo Do-woo (Lee Sang-yoon) yang bekerja sebagai perunding arkitek. Dia ternyata memiliki personaliti yang sangat menyenangkan selain seorang yang baik hati.

Seo Do-woo juga seperti Choi Soo-A, sudah bekahwin dan memiliki seorang anak perempuan.

Bagaimanapun, pertemuan berkenaan menjadikan mereka keliru apabila ia tidak disangka akan mengubah hidup masing-masing.

Secara kasarnya, drama ini bakal membuatkan penonton bertanya dan menilai kembali bagaimana mutu hubungan dalam berkeluarga. Begitu juga dengan cabaran menghadapi dugaan apabila dipertemukan orang baru.

Bagaimanapun, drama ini sebenarnya membawa atmosfera cerita yang cukup berkaitan dalam kehidupan sebenar kita. Ia menekankan sepenuhnya emosi manusia yang perlu menjalani pahit getir kehidupan.

Pada episod pengenalannya, Choi Soo-A menerima mesej yang sangat mengejutkan daripada suaminya, Pilot Park. Dia diminta pergi ke Malaysia bersama anaknya iaitu Hyo-eun.

Park Jin-suk (Shin Sung-rok) menjelaskan sebuah sekolah antarabangsa di Malaysia menghubunginya dan memberitahu anak mereka diterima masuk belajar di sekolah berkenaan. Dia juga sudah menyediakan segala yang patut untuk mereka tinggal di sana.

Namun, ia bukan mudah buat Soo-A yang mempersoalkan kenapa suaminya memberitahu di saat akhir. Dia turut meminta pendapat daripada anaknya sendiri dengan keputusan itu tapi seakan-akan sia-sia kerana sudah diputuskan suaminya.

Sementara itu, Seo Do-woo pula bekerja lewat malam dan menerima panggilan daripada anaknya, Annie. Annie sempat bercakap mengenai berbezanya langit di Korea Selatan dengan Malaysia menerusi beberapa gambar.

Dia turut memberitahu bapanya rakan sebilik yang sudah lama ditunggu akan sampai tidak lama lagi. Dia turut ditawarkan RM50 oleh ibu angkatnya untuk kelihatan cantik tapi dia lebih memilih untuk gunakan duit berkenaan membeli seterika.

Bukan saja menekankan nilai kekeluargaan, drama ini turut memberi gambaran sebenar apabila bekerja dalam bidang penerbangan. Selain perlu menguruskan keluarga dan mengambil berat perasaan sendiri, perasaan orang lain juga perlu dijaga.

Bagaimanapun, sememangnya ia akan memberi gambaran bagaimana situasi di lapangan terbang di Malaysia selain beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur.

Bercakap mengenai kerjasama berkenaan, Presiden AirAsia Asia Utara, Kathleen Tan berkata, ia adalah satu bentuk sokongan kepada dunia hiburan buat kedua-dua negara.

“AirAsia sentiasa menitikberatkan budaya popular. Penajaan berkenaan adalah cara terbaik untuk menyokong industri hiburan Korea selain memaparkan jenama kami di negara itu kerana program drama mereka memang jadi kegilaan,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");