Jenayah

Empat rumah teres musnah terbakar

TEMERLOH – Empat rumah teres di Taman Bukit Bendera, di sini musnah terbakar, semalam.

Bagaimanapun dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mentakab berjaya mengawal api dari merebak ke 28 rumah lain.

Penolong Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab, Mohd Kamaludin Mohd Saufi berkata, dalam kejadian itu, dua rumah terbakar sepenuhnya.

Menurutnya, dua rumah hangus 100 peratus manakala dua lagi hanya 20 peratus terbakar yang membabitkan bahagian bumbung.

“Kerugian dialami mangsa dianggarkan lebih RM400,000 membabitkan kemusnahan semua barangan milik penghuni dua rumah bernombor 25 dan 27 di Taman Bukit Bendera,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, sebuah kereta Proton Gen2 yang gagal diselamatkan berikutan penghuni tiada di rumah ketika kejadian turut musnah dalam kejadian itu.

Menurutnya, kebakaran dipercayai berpunca dari api rokok yang ditinggalkan atas sarang telur ayam, namun pihak forensik sedang mengesan punca sebenar kebakaran.

“Dalam konteks ini, bomba memberi fokus untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah lain berikutan kedudukan 32 unit rumah teres yang bersambung-sambung antara satu sama lain,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");