Membawang Hari Ini

Fizie (Hot FM) Nafi Berbogel, Buat Laporan Polis

PETALING JAYA: Penyampai radio Hot FM iaitu Fizie menafikan dia ialah individu yang berbogel seperti tersebarnya gambar berkenaan di Internet.

Fizie atau Mohamad Hafizie Roslan, 28, dalam satu kenyataan di Instagram miliknya memberitahu dia tidak mempunyai kaitan secara langsung atau pun tidak dengan gambar kurang sopan tersebut.

“Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

“Berikutan hal penyebaran gambar-gambar kurang sopan yang menyerupai saya, saya ingin menegaskan bahawa gambar-gambar tersebut tidak mempunyai kaitan terhadap saya secara langsung mahupun tidak,” ujarnya.

Terdahulu, nama Fizie menjadi sebutan apabila beberapa keping gambar bogel mirip wajahnya tersebar luas di laman Tumblr.

Dalam pada itu, Fizie berkata, dia telah pun membuat laporan polis berhubung perkara itu pada 26 Ogos lalu bagi membersihkan nama baik serta reputasinya sebagai penyampai radio.

Malah katanya, dia juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia pada hari sama berhubung isu berkenaan.

“Dengan laporan tersebut, saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak yang berwajib yang kini sedang melakukan siasatan terperinci berhubung perkara itu.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin di atas penyebaran ini serta sokongan yang diberikan kepada saya selama ini,” katanya.

-mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");