Isu Panas

Gesa SPR baiki sistem pendaftaran

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa membaiki khidmat pendaftaran pengundi baharu.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, banyak aduan diterima mengenai ketidakcekapan sistem pendaftaran SPR yang mengecewakan orang ramai.

“Sejak Isnin lalu, Invoke (Sukarelawan Keadilan) menerima banyak aduan mengenai dua kelemahan. Pertama adalah borang SPR tidak ada ada di pejabat-pejabat pos Malaysia dengan alasan borang sudah kehabisan.

“Ada kes yang mana orang ramai terpaksa berulang ke pejabat Pos Malaysia tiga hari sebelum borang ada kembali. Masalah kedua ialah sistem atas talian (online) SPR yang selalu tergendala menyebabkan proses mendaftar undi tidak dapat dibuat,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Rafizi berkata, SPR perlu mengusahakan sistem membolehkan pemohon mendaftar secara online untuk menangani kapasiti permohonan besar.

“Ini ambil kira sistem manual mengikut borang di pejabat pos yang ada sekarang tidak cekap dan mengecewakan.

“Sistem online akan memastikan pendaftar mendapat pengesahan serta merta tanpa menunggu enam bulan seperti sekarang,” katanya.

Dalam pada itu Rafizi berkata, seramai 483 pengundi baharu telah mendaftar hasil dari inisiatif program #UntungDaftar yang dikendalikan Invoke, sejak Isnin lalu.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");