Sukan Hari Ini

Guardiola janji jadikan Aguero lebih mantap

Swansea, Wales: Pengurus Manchester City Pep Guardiola berjanji untuk menjadikan Sergio Aguero (gambar) pemain yang jauh lebih baik.

Penyerang Argentina itu menjaringkan dua gol sebaik kembali menyarung jersi City ketika pasukan pelawat mencatat kemenangan ke-10 berturut-turut pada aksi liga dan piala musim ini dengan kemenangan 3-1 ke atas Swansea kelmarin.

Terlepas tiga aksi berikutan penggantungan, Aguero hanya memerlukan lapan minit untuk meletakkan City di depan.

Fernando Llorente menyamakan kedudukan lima minit kemudian namun penalti Aguero pada minit ke-65 serta jaringan ketiga dari Raheem Sterling, 13 minit sebelum tamat menyelamatkan mereka.

Ia kemenangan keenam berturut-turut di Liga Perdana Inggeris buat Guardiola.

Jurulatih Sepanyol itu gembira dengan kemenangan itu tetapi masih mahukan lebih lagi daripada pemainnya termasuk Aguero yang kini menjaringkan 11 gol daripada enam perlawanan setakat ini musim ini.

“Saya mahu mengucapkan tahniah kepadanya atas aksinya, terutamanya gol pertama,” kata Guardiola.

“Saya gembira dengannya tapi saya fikir dia boleh bermain lebih baik dan saya akan cuba memberitahunya.

“Dia mempunyai kemahiran hebat dan di kawasan penalti, tiada apa yang boleh saya lakukan untuk membantunya.

“Namun mungkin saya boleh membantunya untuk memperbaiki permainannya seperti mengawal bola dan membantu seluruh anggota pasukan.”- AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");