Sukan Hari Ini

Gunalan yakin Red Giants bangkit

PENGENDALI sementara Selangor, K Gunalan tidak bimbang dengan prestasi tidak konsisten The Red Giants menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang T-Team di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Ia berikutan kekalahan 0-1 kepada Perak pada kempen Liga Super kelmarin yang seterusnya menimbulkan persoalan kemampuan juara 33 kali itu untuk mempertahankan piala berprestij bola sepak negara berkenaan.

“Saya tidak risau kerana yakin pemain akan bangkit semula bertemu T-Team kerana mereka tahu betapa mustahak perlawanan separuh akhir pertama di tempat sendiri,” katanya.

Malah, Gunalan berjanji akan menaikkan kembali motivasi pemainnya sebelum perlawanan Sabtu ini.

“Pemain sendiri tahu apa tanggungjawab mereka dan sebagai jurulatih, saya akan cuba memberikan motivasi terbaik buat mereka bagi mempamerkan persembahan baik biarpun kita tewas malam ini (kelmarin),” katanya.

Mengenai kekalahan kepada Perak, Gunalan menyifatkan pemainnya gagal bermain corak permainan seperti kebiasaan sehingga dihukum The Bos Gaurus.

“Bagi perlawanan ini, saya melakukan perubahan dengan menurunkan pemain seperti Fitri Shazwan Raduwan dan Raimi Md Nor yang sudah lama tidak beraksi.

“Nampak corak permainan kita tidak menjadi sejak dari separuh masa pertama lagi apabila 15 minit awal kita tidak begitu agresif untuk mendapatkan gol,” katanya.-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");