Sukan Hari Ini

Habuan RM463,800 buat atlet SUKMA Wilayah Persekutuan

Putrajaya: Sebanyak RM463,800 diperuntukkan Kementerian Wilayah Persekutuan sebagai insentif buat atlet yang membawa pulang pingat temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 yang berlangsung di Sarawak, baru-baru ini.

Ia membabitkan sejumlah RM257,000 bagi pemenang pingat emas; RM103,000 (perak) dan RM103,800 (gangsa) selain RM2,500 disediakan bagi atlet yang memecahkan rekod kebangsaan dan SUKMA.

Majlis penyerahan insentif berkenaan disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikshan yang berlangsung di Menara Seri Wilayah di sini semalam.

Adnan berkata, secara keseluruhan, kontinjen Wilayah Persekutuan menduduki tempat keempat terbaik dengan 44 emas, 44 perak dan 40 gangsa dalam 24 acara dipertandingkan.

Beliau berkata, lebih membanggakan, dua atlet Christiana Loh Yen Ling dan Keith Lim Kit Sern memecahkan rekod SUKMA bagi acara renang manakala, Lim Ching Hwang memecahkan rekod kebangsaan acara rampaian 200 meter perseorangan.

Kementerian itu menyediakan insentif bagi acara perseorangan sebanyak RM5,000 bagi pemenang emas, RM1,500 (perak) dan RM1,000 (gangsa) manakala, bagi acara berpasukan RM4,000 (emas) RM1,000 (perak) dan RM800 (gangsa).

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikshan.

Hadir sama Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii.

Katanya, pemberian insentif kepada pemenang pingat ini adalah tanda penghargaan kementerian khusus buat atlet yang menyumbangkan pingat sekali gus menaikkan nama serta imej Wilayah Persekutuan dalam bidang sukan.

Terdahulu, pada majlis sama, Adnan turut menyaksikan majlis penyerahan kontinjen Wilayah Persekutuan ke Sukan Orang Pekak Ke-19 (SOPMA XIX) 2016 di Kuching, Sarawak pada 30 September hingga 7 Oktober ini.

Seramai 28 atlet Wilayah Persekutuan akan beraksi pada temasya itu terutama dalam empat jenis sukan iaitu badminton, bola sepak, bowling dan olahraga.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");