Sukan Hari Ini

Hamsik lebih yakin selepas 100 gol

Milan: Marek Hamsik (gambar) meraikan gol ke-100nya bersama Napoli dengan kemenangan 2-0 ke atas Chievo yang akan memberikan keyakinan menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang Benfica di laman sendiri, awal pagi Khamis ini.

Namun Hamsik dari Slovakia, yang kini ketinggalan 15 gol untuk menyamai rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab milik bekas ikon kelab itu Diego Maradona berkata, fokusnya kini terarah ke Eropah.

“Ia satu pencapaian hebat, saya bangga tapi apa yang penting adalah keputusannya,” katanya.

“Kami menghampiri puncak liga, namun kini fokus kami adalah untuk Liga Juara-Juara.”

Jurulatih Napoli Maurizio Sarri merehatkan penyerang Poland Arkaduisz Milik untuk kunjungan Chievo dan penggantinya, Manolo Gabbiadini, membalas kepercayaan Sarri dengan menjaringkan gol pada minit ke-24 hasil hantaran Jose Callejon.

Jaringan cantik Hamsik pada minit ke-39 muncul apabila pemain Slovakia itu meluru untuk menyambut hantaran tepat Lorenzo Insigne bagi mengatasi penjaga gol Stefano Sorrentino adalah jaringan ke-100 bersama Napoli sejak menyertai kelab itu dari Brescia pada 2007.

Napoli kekal di tangga kedua, satu mata di belakang Juventus selepas skuad juara itu memanaskan badan untuk aksi Liga Juara-Juara menentang Dinamo Zagreb di tempat lawan awal pagi Rabu dengan kemenangan 1-0 di Palermo. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");