Sukan Hari Ini

Hart kecewakan hasrat Totti

Milan: Penjaga gol England Joe Hart menjejaskan majlis ulangtahun Francesco Totti yang bakal menjelang dengan kemenangan Torino ke atas Roma 3-1 ketika pencabar liga Lazio turut menyertai perlumbaan scudetto semalam.

Disingkirkan dari Manchester City oleh Pep Guardiola bulan lalu, Hart menyertai skuad Serie A Torino dalam usaha mengekalkan statusnya sebagai penjaga gol nombor satu England.

Selepas membuatkan peminat ‘Granata’ berteka-teki berikutan beberapa aksi kurang meyakinkan sejak beberapa minggu lalu, penjaga gol City yang dipinjamkan itu semakin mantap di laman Torino, Stadio Olimpico di mana satu-satunya kesilapan dilakukannya adalah membenarkan jaringan penalti Totti pada minit ke-55 buat pasukan pelawat.

Ia juga menandakan gol ke-250 Totti dalam Serie A namun rancangan untuk memastikan kemenangan Roma menjelang ulang tahun ke-40 pemain itu hari ini musnah akibat kekalahan yang meletakkan Torino di pertengahan liga sementara Roma yang dikendalikan Luciano Spalletti kini lima mata di belakang pendahulu Juventus.

Roma berhasrat untuk membalas kemenangan Juve 1-0 ke atas Palermo Sabtu lalu.

Namun Andrea Belotti menanduk masuk gol permulaan pada minit kelapan mengatasi Wojciech Szczesny dan pada setiap separuh masa Hart berjaya menyelamatkan rembatan Edin Dzeko tiga kali berturut-turut.

“Sebelum saya membawa masuk Hart saya memintanya supaya cuba memahami corak pemikiran di sini,” kata jurulatih Torino Sinisa Mihajlovic selepas mereka meraih kemenangan kedua musim ini.

“Namun saya boleh katakan dia seorang yang hebat, selain penjaga gol antarabangsa yang memberikan banyak keyakinan kepada pasukan. Saya gembira dengannya.” – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");