Panasnya Hari Ini

Hishammuddin Pilihan Popular Jadi Perdana Menteri?- Kaji selidik IDE

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menduduki carta tertinggi sebagai pilihan popular pengundi di Selangor bagi menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memetik sumber Astro Awani, perkara itu didedahkan menerusi satu kaji selidik yang dikendalikan Institut Darul Ehsan (IDE) mengenai persepsi pengundi di negeri itu.

Soalan dikemukakan kepada responden: “Pemimpin UMNO yang menjadi pilihan untuk menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak?”

Populariti Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan itu juga mendahului Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, namun dengan kelebihan undian tipis, hanya sebanyak 1 peratus.

Sementara itu, memetik sumber laporan itu lagi, sejumlah 1,761 orang responden yang ditemui secara bersemuka, 32 peratus responden memilih Hishammuddin sebagai Perdana Menteri, manakala 31 peratus memilih Ahmad Zahid.

Menerusi analisis sokongan kepada ikon politik di Malaysia itu, Ahmad Zahid dilihat lebih popular dengan pengundi berusia 51 hingga 60 tahun dan ke atas, manakala Hishammuddin popular dengan pengundi dalam lingkungan usia 31 hingga 50 tahun.

Pemimpin ketiga paling popular khususnya dalam kalangan pengundi muda (21 hingga 30 tahun) ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dengan 28 peratus responden yang berpendapat Ketua Pemuda UMNO itu sebagai pemimpin paling layak menjadi Perdana Menteri seterusnya.

Ini diikuti Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamad (6 peratus) dan pemimpin UMNO Kelantan, Tan Sri Annuar Musa (4 peratus).

Kajian tersebut dijalankan dari 26 hingga 30 Ogos 2016 di seluruh negeri Selangor.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");